Kehidupan awal William_I_dari_England

Anak lelaki tunggal kepada Robert si Cemerlang dan Herleva (besar kemungkinan anak perempuan Fulbert, penyamak kulit binatang setempat), William dilahirkan di luar nikah di Falaise, Normandie. Tarikh lahirnya yang tepat tidak dapat dipastikan, tetapi diketahui merupakan tahun 1027 atau 1028, dengan besar kemungkinan pada musim luruh tahun 1028. baginda adalah cucu saudara lelaki Permaisuri Emma, isteri Raja Ethelred si Belum Sedia (kemudiannya Raja Canute).

Pada tahun 1035, William mewarisi Duchy Normandie ayahnya ketika hanya berumur 7 tahun, dan dikenali sebagai Duke William II dari Normandie (bahasa Perancis: Guillaume II, duc de Normandie). Baginda hilang tiga orang penjaga dalam komplot-komplot untuk merampas kuasanya. Count Alan dari Brittany kemudian menjadi penjaganya. Raja Henri I dari Perancis mengurniainya darjah kesatria ketika baginda berumur 15 tahun. Menjelang masa William mencapai umur 19 tahun, baginda telah menangani ancaman-ancaman perberontakan dan serangan dengan amat berjaya. Dengan bantuan Raja Henri, William akhirnya menguasai Normandie selepas menewaskan baron-baron Normandie yang memberontak di Caen dalam Perang Val-es-Dunes pada tahun 1047.

William berkahwin dengan saudara sepupunya, Matilda dari Flanders, pada tahun 1053 di Katedral Notre Dame, Eu, Normandie (kini Seine-Maritime), meskipun mendapat tentangan daripada Paus Leo IX, Ketika itu, baginda berumur 26 tahun, dan saudara sepupunya berumur 22 tahun. Mereka dikurniakan dengan empat anak lelaki dan enam anak perempuan (sila lihat senarai di bawah).

Adik-adik lelaki tirinya, Odo dari Bayeux dan Robert, Count dari Mortain memainkan peranan yang utama dalam kehidupan William. William juga mempunyai seorang kakak, Adelaide dari Normandie.